Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Jumaat, Februari 12, 2010

"Musa adalah kalam-Ku, sedangkan engkau adalah kekasih-Ku. Kalam tidaklah sama dengan kekasih"

Nabi Musa as datang sendiri kepada Allah SWT untuk bermunajat kepadaNya. Perjalanan Nabi Musa as ke Bukit Thursina untuk bermunajat kepada Allah dikenali sebagai Safarut Tharbi. Berbeza dengan Nabi Muhamad SAW yang bermunajat kepada Allah SWT dijemput oleh malaikat Jibril. Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-Isra': 1).

Ketika Nabi Musa as bermunajat kepada Allah SWT, beliau diperintahkan supaya menanggalkan alas kakinya. Sebagaimana firman Allah bermaksud ;

"Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua kasutmu, sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa" (Thaha: 12).

Sedangkan kepada Nabi Muhammad SAW Allah berfirman;


"Janganlah kamu tanggalkan kedua alas kakimu".


Peristiwa ini sebagaimana diriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda,

"Pada malam aku dimikrajkan, aku ingin membuka kedua alas kakiku, namun tiba-tiba terdengar suara;

"Janganlah engkau tanggalkan kedua alas kakimu, hai Muhammad, supaya Arsy dan Kursi mendapatkan kehormatan berada di bawah alas kakimu itu".

"Aku berkata; "Wahai Tuhanku, Engkau berkata kepada saudaraku Musa, tanggalkan kedua alas kakimu, kerana engkau berada di tempat yang suci, Thuwa?"

Allah SWT menjawab; "Dekatlah kepada-Ku Wahai Abbal Qasim, dekatlah kepada-Ku Wahai Ahmad, engkau tidak sama dengan Musa, Musa adalah kalam-Ku, sedangkan engkau adalah Kekasih-Ku. Kalam tidaklah sama dengan kekasih."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan