Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Khamis, November 12, 2009

Isnin, November 09, 2009

Kelebihan Seorang Wanita


  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Mulianya Akhlakmu Ya Rasulullah SAW


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.


Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya mengapa baginda melakukan hal sedemikian. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitu-lah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW...


Solat Yang Ditolak Oleh ALLAH S.W.T

Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.."

Rasullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud :
10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t ialah..

  1. Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya dengan bertaubat.
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu dan bapanya.
  6. Orang perempuan yang bila suaminya marah kerana menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan munkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perkara keji dan munkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan lagi kemurkaan Allah Ta’ala dan jauh dari Allah.."

Hikmah Membaca Al-Quran


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, akan berdiri lelaki yang betul-betul tampan di bahagian kepalanya. Tatkala mayatnya dikafankan, lelaki tampan itu tadi akan berada pula di antara kain kafan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, saat itu, dua malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki tampan ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Namun, lelaki tampan itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun berlaku . Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya (lelaki yang meninggal) dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih". Selepas soal siasat selesai, lelaki tampan tersebut mengaturkan untuk temannya yang meninggal itu daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi wangian kasturi.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi :
"Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."


Subhanallah...begitu hebat sekali ganjaran yang kita dapat apabila membaca al-Quran. Namun dunia hari ini terus-terusan menyaksikan insan yang sentiasa leka dan alpa terhadap suruhan dan tinggalan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Aku juga terkadang lupa apabila masa banyak ditumpukan pada kerja dan rutin sebagai seorang pelajar. Hanya setiap kali selepas subuh dan maghrib saja aku berpeluang mengalunkan ayat suci ini.

Alhamdulillah, aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan agama dan berterima kasih apabila emak dan ayah sentiasa menelefon dan mengingatkan aku tentang perkara ini. Tetap akan aku ingat setiap nasihat dari emak dan ayah yang tidak pernah jemu mengingatkan aku supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran setiap hari. Terkadang aku berasa jemu mendengar nasihat yang sama hampir setiap hari dari mereka, namun apabila memikirkan bahawa nasihat ini adalah untuk kebaikan, aku ikhlas menerimanya dengan harapan supaya Allah s.w.t akan terus memberi hidayah-Nya kepadaku dan semua muslimin serta muslimat di dunia ini.

Buat semua temanku dan sesiapa sahaja yang telah melewati blog ini, sesungguhnya sebelum wafat, baginda Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kepada kita semua sebagai umatnya dua perkara yang mana apabila kita berpegang teguh dengan dua perkara tersebut, kita akan selamat di dunia dan dari seksaan api neraka di akhirat. Dua perkara tersebut adalah al-Quran dan al-Hadis. Sebelum aku mengajak sahabat dan semua teman, pertamanya aku menyeru diriku sendiri dan seterusnya semua teman dan handai yang seagama, bersamalah kita mengalunkan ayat suci al-Quran, mukjizat junjungan besar kita yang dikasihi, kerana terlalu banyak faedahnya hingga tidak dapat siapapun menghitung melainkan Allah s.w.t.

InsyaAllah, semoga kita semua akan ditetapkan hati untuk menjadikan amalan membaca al-Quran ini sebagai rutin harian yang tidak akan berubah.