Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Khamis, Julai 01, 2010

Lumrah Manusia

Salam untuk semua pengunjung laman ini. Sudah terlalu lama aku tidak bertandang ke laman peribadi milikku ini. Cuti panjang, aku hanya habiskan masa bersama keluarga di kampung. Sesekali dapat bersama adik-adik dan keluarga yang lain, aku ingin manfaatkan setiap detik dan masa yang ada.

Hari ini, terlintas dalam hati untuk menulis di laman ini. Mungkin sejak seminggu dua ini, hati aku sering saja dihias oleh pelbagai rasa. Resah, sedih, duka, letih, sunyi, marah, geram dan macam-macam lagi. Warna-warni keceriaan yang ingin aku hias dalam hidup dicemari dengan coret-coret warna yang kelam. Apa lagi yang mampu aku buat melainkan hanya dengan berdiam diri sahaja. Ayah dah pesan, "Sabar, Aini. Semua ni ujian dari Tuhan. Jangan ikut sangat kata hati. Sebab kadang-kadang, hati dipengaruhi nafsu". Thanks, ayah.

Pada teman-teman yang telah memberi kad undangan, aku minta maaf sebab tidak bertandang ke majlis kalian. Sering saja ada halangan tiap kali tiba tarikh keramat kalian. Yang terbaru, aku 'terbuat' stan atas tangga di rumah. Berguling ala-ala cerita hindustan dari atas sampai bawah. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Terus cancel untuk pergi majlis kahwin seorang teman.

Buat pemilik nama yang terukir dalam hati ini, langit tidak selalu cerah, hujan tidak selalu mencurah. Sedangkan pantai lagikan berubah, sungai juga begitu setiap kali air bah. Kadang-kadang sinar mentari terlindung oleh cuaca mendung. Kadang-kadang juga cahaya bulan hilang dilindung awan. Maaf andai ada salah dan silap. Apa lagi yang mampu aku katakan kerana aku jua hanya seorang insan biasa. Semoga apa yang di impikan akan tercapai. Dan semoga semua urusan dipermudahkan oleh Tuhan.

Lumrah manusia, percaturan hidup tidak sama seperti yang di cita. Namun, semuanya bukan alasan untuk kita tidak melafazkan syukur pada Tuhan. Semoga rahmat Tuhan melimpah-ruah untuk semua insan yang aku sayang dan pada semua pengunjung blog ini. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan