Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Sabtu, Februari 27, 2010

Lihatlah Saudaraku, INI MUKJIZAT KEKASIH KITA


Lihatlah saudara seagamaku. Apa yang telah berlaku di USA. Tisu tandas yang digunakan dicetak dengan ayat suci al-Quran. Isu ni sebenarnya sudah lama berlaku. Namun aku yakin masih ramai yang tidak tahu. Aku sedih, marah, geram, kesal. Semuanya bercampur menjadi satu. Ini adalah kitab suci kita. Ini adalah wahyu Allah SWT untuk junjungan kita. Ini adalah mukjizat agung kekasih kita. Ini adalah pegangan dan penunjuk jalan bagi kita. Aku harap kita semua tidak akan berdiam diri dan hanya memandang dengan bersahaja. Sekalipun kita tidak mampu untuk melawan dan membantah perlakuan keji ini dengan perbuatan, maka lakukanlah secara lisan. Andai masih tidak mampu, maka lakukan dengan niat dalam hatimu. Berdoalah demi kebaikan. Kerana doa adalah senjata yang amat hebat bagi kita sebagai umat Islam. Doakan agar manusia keji yang melakukan perkara ini mendapat balasan dari Allah SWT sesuai dengan apa yang telah dilakukan. Sesunguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan