Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Rabu, November 18, 2009

Selakar Ukhwah Seindah Memori

Hari ini, (18/11/2009), merupakan hari terakhir aku berada di Kolej Harun Aminurrashid untuk semester ini. InsyaAllah, esok aku akan bertolak pulang ke kampung halaman di Kelantan. Rindu pada kampung halaman dan keluarga sudah tidak tertahan. Untuk setiap hari-hari terakhir di sini, aku hanya menatap gambar mak ayah yang disayangi, adik-adik yang manja dan anak saudara yang nakal dan mencuit hati. Bagaikan menghitung hari untuk pulang. Pada keluarga tercinta...nantikan kepulanganku...





Housemates (1-3-12)


Namun kadangkala hati begitu berat untuk pulang. Sayang rasanya untuk berpisah dengan teman-teman di sini..Macamlah semester depan dah tak boleh bertemu lagi..huhu.. Pada semua penghuni rumah 1-3-12, Niey pasti rindu pada kalian. Teringat kembali waktu awal semester dahulu, ada antara kita semua bagaikan seorang yang pendiam dan pemalu, kerana keserasian masih belum ada. Namun, belum pun sampai sebulan, sikap sebenar dah terserlah. Rupa-rupanya tiada yang pendiam dalam kalangan kita. Masing-masing mesra dan ramah. Pergaulan kita bagaikan adik-beradik. Senda gurau, makan bersama, pergi berkelah bersama..semuanya makin mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Semoga pertalian yang terjalin akan terus mekar seperti bunga yang mekar sejuta musim. Sayang korang semua..





Group 4A (Aini, Achik, Anis & Asmat)


Pada teman rapat Niey (Group 4A), terima kasih untuk jalinan persahabatan selama ini. Niey amat menghargai semuanya. Andai selama perkenalan kita, ada kesalahan yang Niey lakukan, harap jangan disimpan dalam hati ye.. Mohon maaf untuk semua kesilapan sama ada yang sengaja atau yang tidak sengaja. Yang sedar atau yang tidak sedar. Semoga ukhwah yang terjalin antara group kita akan berkekalan hendaknya..Amin..Niey pasti merindui kalian dan kenangan yang tercipta antara kita...





Classmates (Pendidikan Kesusasteraan Melayu - Sem 3)


Untuk semua rakan sekelas Niey... Kalian semua memang baik... Ingat lagi apa yang Sue cakap..?? "Biarlah perhubungan dan ukhwah yang terjalin antara kita satu kelas semakin erat setiap detik. Saling bantu-membantu bagaikan adik-beradik..." Walaupun kita semua datang dari negeri, bangsa dan agama yang berbeza, namun semua itu tidak akan menjadi penghalang ke arah kemesraan kita semua...Love u all...


Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi masing-masing..InsyaAllah kita pasti berjumpa lagi pada semester hadapan. Mohon agar dipanjangkan umur dan diberi kekuatan oleh Allah untuk kita semua meneruskan perjuangan mengejar cita-cita kita di sini...Seindah Sahabat Selalu Selamanya...

1 ulasan:

  1. selamat pulang ke kampung.. jangan lupe bace buku yer.. untuk kesenangan sem depan jugak.. hehe.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam