Assalamualaikum, pembuka bicara...

Selamat datang ke laman blog saya. Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu yang berguna dari blog ini. Segala kekurangan amatlah dikesali, kerana yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Semoga semuanya berada di bawah naungan redha Illahi. InsyaAllah..

Isnin, November 09, 2009

Destinasi Seorang Hamba

“Adakah sukar bagi kita untuk menentukan arah mana perlu kita lalui..?” Jawapannya “Tidak”. Ini kerana kita telah pun diberikan ‘peta’ iaitu Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk untuk menuju destinasi. Mengapa tidak kita menggunakan ‘peta’ itu sebagai penunjuk arah..? Kita tidak sedar bahawa kerana keenggangan itulah akhirnya telah menyebabkan kita menyusur dan menghayun langkah dalam kegelapan.

Dunia hari ini semakin berubah kearah pembentukan masyarakat yang tidak “cakna” kepada agama dan ingin kembali semula ke zaman jahiliyyah. Apakah yang telah menyebabkan masyarakat hari ini menjadi sedemikian? Sedangkan telahpun dijelaskan kepada mereka bahawa dunia ini hanyalah sementara.. Memang sedih jika kita fikirkan...

Cuba kita lihat bagaimana seorang wanita yang jelas diterangkan dalam al-Quran dan hadis pada mereka bahawa membuka aurat itu adalah satu dosa yang amat berat, namun hal itu bukanlah menjadi penghalang bagi mereka untuk mengendahkannya. Bahkan bagi mereka, dengan memakai pakaian ketat apatah lagi nipis dan menunjukkan susuk tubuh boleh membuatkan hati mereka tenang. Cubalah lihat hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Imam Muslim iaitu..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya..

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Ada dua jenis penghuni neraka yang belum pernah dilihat olehku. Pertama: Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakannya untuk memukul orang. Kedua: Wanita yang berpakaian seolah bertelanjang ‘kerana terlalu nipis atau ketat’ dan wanita yang mudah dirayu dan suka merayu. Rambut mereka disasak bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat mencium bau syurga padahal bau syurga itu dapat dicium oleh mereka dari jarak yang sangat jauh..”

Kemudian kita beralih pula daripada seorang wanita yang mendedahkan auratnya kepada seorang lelaki yang suka membuang masa melakukan perkara-perkara tidak berfaedah bahkan tiada dalam diri mereka rasa menyesal. Sedangkan dengan masa yang ada itu boleh mereka gunakan untuk diisi dengan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada mereka. Kehidupan mereka yang terlalu suka berseronok telah membuatkan mereka lupa siapa diri mereka dan kemana mereka akan kembali selepas ini. Adakah mereka tidak percaya pada hari pembalasan atau mereka adalah sama seperti ahli ibadat yang berjaga malam kerana memohon keampunan dari Tuhannya..?

Sekalipun mereka telah menunaikan solat yang telah difardhukan keatas mereka di masjid atau di rumah, apakah itu sudah memadai bagi mereka..? Seharian telah diberikan oleh Yang Maha Esa kepada kita untuk melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim, apakah yang telah kita lakukan..?

Cubalah kita tanya diri kita dengan soalan-soalan ini..

  1. Sejauh manakah kepercayaan kita itu terhadap Tuhan yang kita sembah..?
  2. Adakah cukup bagi kita dengan sekadar sembah tanpa memikirkan kenapa..?
  3. Apakah kita menyembahnya kerana ibubapa kita juga melakukan hal yang sedemikian..?
  4. Mengapakah tidak kita belajar jika kita tahu yang kita ini jahil..?
  5. Apakah kita yakin bahawa kita akan terlepas dari seksaan diakhirat kelak..?
  6. Siapakah yang kita akan salahkan jika diakhirat nanti kita diseksa dineraka..?
Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri sebelum kita menjawab soalan malaikat di alam kubur nanti atau dihadapan Allah Ta’ala kelak. Sekalipun Allah S.W.T itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang pada sekalian hamba-Nya, namun pernahkah kita terfikir bahawa Tuhan itu juga Maha Adil dalam memberikan balasan..?? Jika di dunia ini, untuk mendapatkan habuan dunia maka seseorang itu perlulah berusaha bersungguh-sungguh, maka begitulah jua jika ingin mendapatkan ganjaran di akhirat.

Janganlah mencari alasan dengan meletakkan sesuatu perkara disebabkan oleh takdir atau kelemahan diri kerana Tuhan telah menciptakan manusia itu sama sahaja selain yang tidak mampu membezakan antara hak dengan yang batil. Bezanya adalah didikan yang diberikan juga minat yang mendalam. Tiada gunanya kita menyesal di kemudian hari jika kini telah kita sedari dan mengetahui hakikat sebenar dimana kita berada dan untuk apa kita dilahirkan. Fikirkanlah sebelum kita mengetahuinya diwaktu jiwa kita telahpun dipisahkan dari jasad..

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan